SHANDONG : Puting beliung yang mengakibatkan kemusnahan dengan kadar EF-1 melanda Yantai, Shandong di China, semalam.
EF merupakan skala yang digunakan bagi mengira kekuatan puting beliung berdasarkan kelajuan angin dan kemusnahan yang berkait dengan kejadian itu.
Menurut ciapan Twitter milik @Ericwang1101 , puting beliung yang melanda menyebabkan ribut hujan batu sebesar bola golf dilaporkan di sekitar bandar tersebut.
This tornado was spawned by a textbook supercell.The same supercell dropped golfball size hail in multiple cities. https://t.co/fGjDOMlYZI pic.twitter.com/k0dESvLdoN
— Eric Wang (@Ericwang1101) October 1, 2021
Wang yang juga penggemar cuaca ekstrim berkata, bencana itu telah menyebabkan kemusnahan harta benda termasuk rumah dan kenderaan.
Oleh Nurshazlin Shahrom