Dunia

Hubungan Maghribi-Israel – satu dosa politik

Meng`izin'kan penindasan rakyat Palestin

GAZA : Hubungan diplomatik di antara Maghribi dan Israel yang dijadual dimeterai pada bila-bila masa disifatkan Palestin sebagai satu `dosa politik’.

Pengukuhan hubungan itu yang dilakukan menerusi normalisasi keuda-dua pihak berkenaan seolah-olah mengizinkan kekejaman dan penindasan berterusan ke atas rakyat Palestin.

Jurucakap pihak berkuasa Palestin, Hazem Kassem berkata demikian kepada agensi berita Sputnik.

“Hubungan normalisasi di antara Maghribi dan Israel adalah dosa politik. Israel menggunakan proses normalisasi untuk meneruskan dasar ganas terhadap penduduk Palestin dan memperluaskan pencerobohan,” – Hazem Kassem

Tambah Hazem, pengukuhan hubungan negara Arab dengan Israel akan terus mencabuli hak penduduk Palestin.

Sementara itu, satu kenyataan bersama yang dikeluarkan menganggap keputusan Maghribi itu sebagai tindakan mengugut dan menikam dari belakang terhadap penduduk Palestin.

Maghribi menjadi negara Arab keempat yang mencapai persetujuan menjalin hubungan normalisasi dengan Israel pada tahun ini selain Sudan, Bahrain dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Pada Khamis lalu (10 Dis), Presiden Donald Trump mengumumkan Israel dan Maghribi bersetuju mewujudkan hubungan diplomatik penuh dan penerbangan di antara dua negara.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button