Semasa
HSNI mencari waris warga emas
BATU PAHAT : Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) sedang mencari waris seorang warga emas yang meninggal dunia pada hujung Ogos lalu.
Menurut jurucakap HSNI, warga emas itu dikenali sebagai A Karim Rakiman, 87, dari Rumah Orang Tua, Jalan Taman Sri Panchor, Batu Pahat.
Beliau menyatakan lelaki itu meninggal dunia pada 3.26 pagi pada 27 Ogos di unit HSNI.
“Lelaki itu meninggal dunia akibat sakit tua dan mayatnya masih ditahan di Unit Perubatan Forensik HSNI setakat hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Proses tuntutan mayat boleh dimulakan dengan menghubungi Unit Perubatan Forensik HSNI di talian 07-4363076.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM