Covid19Semasa

Hospital Sungai Buloh kembali rawat pesakit bukan Covid-19

KUALA LUMPUR : Hospital Sungai Buloh kini telah bertukar kembali kepada status hospital perubatan bukan Covid-19 seperti sebelum ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini pandemik Covid-19 di Malaysia bagi kategori tiga, empat dan lima serta kadar penggunaan fasiliti kesihatan khusus untuk kes Covid-19 yang rendah di Lembah Klang.

http://

“Selaras dengan keadaan negara yang dalam Fasa Peralihan Ke Endemik seperti diumumkan sebelum ini, perkhidmatan hospital ini ditukar kepada status hibrid dan akan merawat pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19 seperti dahulu.

“Namun, sekiranya berlaku peningkatan kes Covid-19 di negara ini pihak KKM akan sentiasa memantau dan bersiap sedia dalam menyediakan perkhidmatan perubatan bagi kes-kes Covid-19 termasuk rawatan kritikal,” menurutnya dalam kenyataan hari ini .

Pada 10 Mac 2020, Hospital Sungai Buloh diwartakan sebagai hospital bagi rawatan khusus untuk pesakit Covid-19 sebagai langkah strategik bagi menampung keperluan katil hospital dan juga pengurusan hospital yang optimum dalam memerangi pandemik itu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button