KUALA LUMPUR: Hospital Kuala Lumpur (HKL) tampil memberi penjelasan berhubung isu tular mengenai seorang pesakit yang dikatakan menerima rawatan di atas lantai hospital baru-baru ini.
Pengarahnya, Datuk Dr Heric Corray, berkata pesakit itu sebelum ini dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HKL, namun kemudian individu berkenaan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada denyutan nadi.
Pada masa sama, katanya, semua katil telah digunakan dan permukaan lantai yang rata merupakan satu kaedah terbaik bagi melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atas pesakit tersebut.
“Bagaimanapun, pesakit itu tidak dapat diselamatkan.
“Oleh kerana sebab kematian tidak dapat dikenal pasti, jenazah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HKL untuk bedah siasat dan kini menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Kelmarin, media melaporkan seorang doktor yang dipercayai berkhidmat di Jabatan KEcemasan dan Trauma HKL mendedahkan, bahawa mereka sebenarnya sudah tidak mampu menampun pesakit baharu di hospital itu.
Dr Heric tidak menafikan peningkatan penggunaan katil di HKL berikutan pertambahan penerimaan kes Covid-19 dengan kebanyakkan kes adalah tahap empat.
Bagaimanapun, katanya, perancangan terhadap pengurusan katil sentiasa diteliti dengan penggunaannya hanyalah mengikut keperluan semasa.
mengulas lanjut, katanya, penggunaan katil di unit itu pada masa ini berada di tahap sangat tinggi, alat perubatan seperti oksigen, katil dan lain-lain sentiasa berada di tahap yang mencukupi.
“Sekiranya terdapat keperluan bekalan oksigen yang tinggi pada satu-satu masa, bekalan tersebut akan diambil daripada wad yang kurang penggunaannya, dan digunakan di wad yang lebih memerlukan,” – Pengarah Hospital Kuala Lumpur / Datuk Dr Heric Corray
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar / AJ