PalestinSemasa

Hizbullah : Kami sudah berada ‘di tengah-tengah perang’ Palestin – israel

Seorang pegawai tinggi Hizbullah telah berikrar bahawa Israel akan membayar harga yang tinggi apabila memulakan pencerobohan darat di Gaza dan berkata bahawa kumpulannya yang berpangkalan di Lubnan sudah berada “di tengah-tengah pertempuran.”

Komen oleh timbalan ketua Hizbullah, Sheikh Naim Kassem, datang ketika Israel membedil dan melancarkan serangan dron di selatan Lubnan, dan Hizbullah melepaskan roket dan peluru berpandu ke Israel.

Bagi Hizbullah, ketegangan di sempadan Lubnan-Israel mempunyai tujuan yang jelas, Kassem berkata, “Kami cuba melemahkan musuh dan memberitahu mereka bahawa kami bersedia.”

Pegawai Hamas berkata bahawa jika Israel memulakan pencerobohan darat di Gaza, Hizbullah akan menyertai peperangan.

Hizbullah sebelum ini mengesahkan korban tentera israel dalam serangan rentas sempadan ke atas dua berek tentera.

Hizbullah dalam kenyataan berasingan memberitahu bahawa anggotanya melancarkan peluru berpandu berpandu ke arah kendaraan Humvee milik penjajah israel di sekitar berek Dovif, mengakibatkan ada tentera israel yang  mati dan cedera.

“Ketika sebuah kereta kebal Israel maju ke arah tapak yang disasarkan, pejuang [Hizbullah] mensasarkannya dengan peluru berpandu pintar,” tambahnya.

Dalam kenyataan lain, kumpulan itu memaklumkan bahawa anggotanya mensasarkan unit infantri Israel di berek Hunin yang dijajah [Rameem] dan mengesahkan bahawa terdapat korban di pihak Israel.

SUMBER : TRTWorld

 

Related Articles

Back to top button