Dengan konsep meraikan budaya serta evolusi pasukan bola sepak Malaysia, jersi home Harimau Malaya masih kekal dengan warna tradisi kuning, logo FAM di dada, rekaan kolar, dan garisan yang membentuk pattern di sisi serta lengan yang berwarna hitam.
Jersi away pula mengambil inspirasi dari Jalur Gemilang dengan warna hitam dan belang kuning dan berkolar bulat. Nampak garang buat skuad Harimau Malaya.
Pelancaran jersi baharu Harimau Malaya ini dilakukan secara maya dan ditayangkan menerusi laman Facebook Football Association of Malaysia (FAM).
Pelancaran jersi baharu kali ini pada awalnya dirancang untuk diadakan secara fizikal, namun terpaksa dilancarkan secara maya memandangkan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor sejak 14 Oktober 2020 hingga 6 Disember 2020 ekoran penularan pandemik COVID-19.
Jersi baharu pasukan kebangsaan Malaysia 2020-2022 ini sudah boleh didapati mulai, 4 Disember 2020 di outlet Nike terpilih serta secara atas talian di www.nike.com/my dan www.al-ikhsan.com
Manakala penjualan secara fizikal di 24 outlet terpilih Al-Ikhsan Sports dan semua outlet Football Republic di seluruh negara pula akan bermula pada 11 Disember 2020 dengan jersi ‘home’ dan ‘away’ ini, masing-masing dijual pada harga RM299. – FB Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)