Semasa

Hina agama, wanita Pakistan dihukum mati

ISLAMABAD : Mahkamah Pakistan keluarkan hukuman mati ke atas seorang wanita Islam kerana menghantar teks kesat dan karikatur Nabi Muhammad SAW melalui aplikasi WhatsApp.

Mencaci agama adalah jenayah besar di Pakistan, yang mempunyai majoriti penduduk Islam dan mempunyai undang-undang yang menetapkan hukuman mati, tetapi ia tidak pernah dilaksanakan.

Menurut mahkamah, Aneeqa Ateeq, 26, ditahan pada Mei 2020 atas dakwaan memuat turun ‘bahan yang menghina Islam’ sebagai status WhatsApp.

Apabila seorang kawan menggesa supaya menukarnya, Aneeqa sebaliknya menghantar bahan berkenaan kepada rakannya itu.

Memandangkan karikatur Nabi Muhammad SAW dilarang dalam Islam, beliau dihukum gantung sampai mati, serta 20 tahun penjara, oleh mahkamah di Rawalpindi.

Menurut Suruhanjaya Kebebasan Beragama Amerika Syarikat, kira-kira 80 orang telah dipenjarakan di Pakistan atas tuduhan menghina agama, dengan separuh daripada mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati.

Walaupun kes lazimnya membabitkan sesama individu beragama Islam, aktivis memberi amaran bahawa kumpulan minoriti beragama lain terutama Kristian, sering menjadi mangsa.

Ini kerana dakwaan mencaci atau menghina agama sering dieksploitasi sebagai cara bagi membalas dendam atau menyelesaikan masalah peribadi.

Seorang pengurus kilang Sri Lanka dipukul hingga mati sebelum dibakar oleh orang ramai pada Disember lalu selepas dituduh mencaci agama.

-AGENSI

Related Articles

Back to top button