PalestinSemasa

“Hentikan kekejaman ke atas rakyat Palestin segera!” – Wartawan veteran Malaysia

Kumpulan wartawan veteran Malaysia kecam kekejaman zionis Israel

SHAH ALAM: Sekumpulan wartawan veteran Malaysia mendesak kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel di Gaza dihentikan serta-merta.

Dalam satu kenyataan, mereka menyifatkan serangan kejam yang berterusan di Gaza merupakan satu kezaliman dan keangkuhan bagi menunjukkan kuasa oleh rejim Israel ke atas rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Menurut mereka, serangan ke atas rumah kediaman, pejabat dan prasarana untuk rakyat telah menyebabkan kesengsaraan yang melampau di Gaza.

“Serangan itu sehingga kini telah menyebabkan kematian lebih 122 orang termasuk 33 kanak-kanak dan mencederakan tidak kurang 900 yang lain. Penderitaan di kalangan orang awam amat dikesali. Kami menganggapnya tidak lebih tindakan pencerobohan yang mesti dikutuk oleh negara-negara dan persatuan sivil. Kami percaya pendatang Israel sedang mengumpulkan bala tenteranya untuk memasuki Gaza,” –

Kenyataan bersama itu ditandatangani sembilan wartawan veteran iaitu Tan Sri Johan Jaaffar, Datuk Seri Wong Chun Wai, Datuk Hussamuddin Yaacub, Datuk Kadir Jasin, Datuk Seri Azman Ujang, Datuk Chamil Wariya, Datuk Yong Soo Heong, Datuk Zakaria Wahab dan Datuk Ahirudin Attan.

Tambah mereka, suasana tegang yang berlaku di tengah ancaman pandemik Covid-19 ini sama sekali tidak wajar. Mereka turut menuntut wartawan Israel untuk bertindak sebagai ‘conscience’ negara itu.

Para wartawan Israel sepatutnya menyuarakan hak rakyat Palestin untuk hidup sama rata. Mereka dinafikan hak asasi dan maruah akibat kekejaman yang diperlakukan ke atas mereka selama lebih tujuh dekad,” jelasnya.

“Apa yang berlaku bukan tentang apa yang selalu didakwa sebagai ‘hak Israel untuk wujud’. Para wartawan Israel patut menyuarakan hak rakyat Palestin untuk hidup sama. Mereka telah dinafikan hak asasi dan maruah akibat kekejaman yang diperlakukan ke atas mereka selama lebih tujuh dekad,” –

Kumpulan wartawan veteran Malaysia itu turut mengecam serangan ke atas pejabat organisasi media di Gaza oleh tentera udara Israel yang telah memusnahkan Menara Al-Jalas di mana terdapatnya pejabat beberapa syarikat media termasuk Associated Press (AP) dan Al-Jazeera.

“Semua keganasan ini memang dirancang bermula dari pengusiran beberapa keluarga Palestin dari persekitaran Sheikh Al Jarrah, serangan pihak pelampau Yahudi ke atas rakyat Palestin dan tindakan tidak bertanggungjawab ke atas mereka yang menjalankan ibadah di Masjid Al-Aqsa serta serangan ke atas beberapa sasaran di Palestin,” –

Menurut kenyataan itu, mereka kesal bahawa sebahagian media barat menggambarkan bahawa rakyat Palestin sebagai militan, radikal dan pengganas, istilah yang sewenang-wenangnya digunakan bagi menghalalkan keganasan yang dilakukan oleh tentera Israel ke atas rakyat Palestin.

Wartawan veteran Malaysia itu juga kesal bahawa Perhimpunan Agung Pertubuhan Banga-Bangsa Bersatu (PBB) tidak mengeluarkan sebarang resolusi dalam isu ini.

“Kami juga kesal bahawa pentadbiran Presiden, Joe Biden telah menghalang PBB dari membuat sebarang kenyataan mengenai hal itu. Pada pandangan kami, ini bukan soal agama atau ideologi tetapi tentang rakyat Palestin yang tertindas dan yang menjadi mangsa sejak begitu lama,” –

Mereka turut mendesak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) agar mengeluarkan kenyataan yang keras berhubung keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Dunia Islam kini menunggu tindakan dan hala tuju OIC selepas dilihat masih berdiam diri terutama dalam kalangan anggota yang berpengaruh.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar

________

Palestin kembali berdarah!

Seruan untuk kita membantu saudara di Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.

MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU

menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi

menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button