Covid19DuniaKemanusiaanPalestin

Henti sasar anggota perubatan ! -Gaza

Angka kematian doktor dan jururawat meningkat

GAZA : Pergolakan antara Palestin dan Israel mengorbankan beberapa barisan anggota perubatan dan jururawat sejak seminggu yang lalu.

Angka kematian anggota medik ini mencatatkan peningkatan akibat daripada rejim Zionis yang mensasarkan pusat-pusat perkhidmatan awam termasuk hospital.

Sumber : Nadir Al-Nuri

Sejumlah organisasi hak asasi antarabangsa dan doktor di lapangan meminta Zionis mengentikan pengeboman di Gaza, terutama sekitar kawasan hospital dan kemudahan perubatan.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, dua doktor telah terbunuh akibat daripada serangan udara oleh tentera Zionis itu.

Dilaporkan dua anggota perubatan yang syahid ialah Ketua Jabatan Perubatan, Doktor Ayman Abu al-Auf dan Doktor Moean Alalol.

Sementara itu, pihak Kementerian Kesihatan Gaza menarik perhatian dunia meminta perlindungan untuk orang awam dan kakitangan perubatan.

Bagi memperingati pemergian Abu Al-Auf, pihak kerajaan Palestin bersepakat menamakan sebuah dewan pendidikan di Hospital Al-Shifa, Gaza dengan nama pejuang syahid ini.

Rata-rata di media sosial kini mendoakan kesejahteraan kakitangan perubatan di Gaza yang syahid di medan pertempuran.

Para pegawai perubatan melakukan solat jenazah Dr Ayman Abu al-Auf, ketua jabatan perubatan dalaman di Kompleks Perubatan al-Shifa.

Menurut Setiausaha Kementerian Kesihatan Gaza, Doktor Yusuf Abu al-Reesh mengatakan sepanjang pergolakan berlaku angka kematian keseluruhan kini merekodkan seramai 197 para syuhada’, termasuk 58 kanak-kanak dan 34 wanita

Dalam sidang media awal hari ini, Abu al-Reesh mengutuk pencerobohan yang disasarkan kepada petugas kesihatan dan kemanusiaan yang berkhidmat di pusat kesihatan di Gaza.

Satu senarai tuntutan juga dibuat, termasuk menghentikan penutupan jalan yang menghalang ambulans untuk merawat orang awam serta perlindungan untuk kakitangan perubatan di lapangan.

“Bangunan kediaman telah hancur, sekolah, tempat beribadat, jalan raya, pejabat media, bangunan kerajaan dan perniagaan serta talian elektronik. Semua ini telah memberi kesan buruk pada orang dan lingkungan.” – Doktor Yusuf Abu al-Reesh/ Setiausaha Kementerian Kesihatan Gaza

Buat masa ini, seluruh kakitangan perubatan dan pasukan mencari dan menyelamat dikejutkan dengan lonjakan jumlah pesakit dalam beberapa hari, ini menggambarkan situasi yang mengerikan di salah satu hospital terbesar di Al-Shifa, Gaza.

Tambahan jumlah kematian juga meningkat dan lebih dari 1,200 orang cedera dalam serangan Israel di Gaza baru-baru ini.

Dalam pada itu, Bulan Sabit Merah Jordan mengutuk pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa dalam jenayah perang yang menjadikan orang awam sebagai sasaran. Mengakibatkan kerosakan sehingga rumah musnah dan tempat ibadah rosak.

Hospital-hospital Gaza kini berhadapan keadaan seperti sudah jatuh ditimpa tangga dengan cabaran wabak pandemik COVID-19 dan serangan yang dicetuskan oleh Zionis.

Serangan udara Israel telah menyebabkan sejumlah besar bangunan Gaza hancur dan kemudahan kesihatan di seluruh wilayah, yang dihuni oleh sekitar dua juta orang ranap.


Merujuk kenyataan Ketua Pertubuhan Bantuan Perubatan Palestin, Aed Yaghi jika serangan terus dilancarkan terhadap Palestin, fasiliti-fasiliti seperi hospital tidak dapat bertahan dengan jumlah peningkatan kematian dan cedera semakin meningkat.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

_______________

Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin.
Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin.
Boleh terus salurkan ke
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button