MELAKA: Kerajaan menghentikan serta-merta pengimportan lembu dari Thailand yang pada kebiasaannya dilakukan bagi memenuhi permintaan menjelang sambutan Aidiladha.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, langkah itu berikutan kebanyakan lembu diternak di negara berkenaan disahkan dijangkiti penyakit kulit kental berbonjol (LSD) yang boleh memudaratkan jika dibawa masuk ke negara ini.
Menurutnya, tindakan drastik kerajaan itu bagaimanapun tidak menjejaskan bekalan lembu di negara ini dan umat Islam yang menjalankan ibadah korban kelak tidak perlu bimbang kerana haiwan ternakan itu masih mencukupi.
“Sepatutnya, setiap kali sambutan hari raya korban kita banyak mengimport lembu dari Thailand kerana keperluan dan permintaan yang cukup tinggi di negara ini, namun kali ini kita terpaksa menghentikannya kerana penularan LSD.” – Datuk Seri Ahmad Hamzah/ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan
“Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) akan mengawasi di pintu sempadan untuk menghalang kemasukan lembu import dari Thailand serta beberapa negara yang disahkan mempunyai jangkitan LSD,” – Datuk Seri Ahmad Hamzah/ Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, katanya selepas mengadakan lawatan ke kandang ternakan lembu di Kampung Bertam Ulu, Cheng semalam (27 Jun)
Mengulas lanjut, Ahmad berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) akan sentiasa melakukan pemantauan secara berterusan di semua ladang ternakan lembu seluruh negara bagi memastikan haiwan itu bebas daripada wabak berkenaan. – Metro
Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
Mari melaksanakan ibadah korban bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
✅ Anda akan menerima sijil penyertaan dan juga Cenderamata.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah].
Bersama saudara budiman untuk sertai ibadah korban dan maklumat lanjut, layari : http://www.ibadahqurban.com
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini