Hati Palestin yang tersakiti!
Kiryat Gat, kampung haram dibina di tanah Palestin dipilih nama pesawat
Perdana Menteri Palestin, Mohammad Shtayyeh menyifatkan pendaratan penerbangan komersil Israel ke Emiriah Arab Bersatu di Abu Dhabi adalah satu yang sangat menyakitkan untuk dilihat oleh masyarakat Palestin.
Bercakap di mesyuarat mingguan kabinet Palestin, belau berkata perjanjian menormalisasikan hubungan Tel Aviv dan Abu Dhabi sangat jelas mengkhianati kedudukan Arab dalam konflik Arab-Israel.
Malah Israel dengan sengaja dan biadap memilih nama pesawat itu Kiryat Gat, yang merujuk kepada perkampungan yang dibina di atas kawasan jajahan Palestin di Fallujah kata beliau kepada agensi berita Palestin WAFA.
“Adalah sangat menyakitkan kepada kami hari ini apabila pesawat itu mendarat di UAE, dengan nama Kiryat Gat – kawasan dirampas Israel daripada tanah Palestin.”
Apakah pemilihan nama itu adalah sebagai momokan atau simbolik Israel makin menghampiri cita-cita besarnya?
Mungkin ada benarnya, yang pasti H amas dalam satu kenyataan, mengutuk tindakan itu yang secara terang-terangan menunjukkan UAE menikam penduduk Palestin dari belakang, mengkhianati kelangsungan kehidupan rakyat Palestin.
Perjanjian normalisasi itu yang dikatakan menghentikan seketika penaklukan Palestin sebenarnya hanya akan menjadikan cita-cita Zionis sebagai satu kenyataan.