
KIEV: Seramai 137 warga Ukraine terkorban dan 316 lagi cedera pada hari pertama pertempuran dengan Rusia, menurut Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky.
“Hari ini kami telah kehilangan 137 pahlawan kami, tentera dan orang awam,” kata Zelensky yang dipetik AFP pada Jumaat.
Serangan awal bermula lewat pagi Khamis, perang berskala penuh dilancarkan oleh Rusia terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama.
Interfax Ukraine melaporkan, tentera Rusia sudah mendarat di bandar pelabuhan Odessa dan Mariupol di selatan, manakala serangan roket dilancarkan terhadap semua pangkalan tentera di seluruh negara itu dan.
Wartawan AFP turut mengesahkan, letupan kedengaran di Odessa dan Mariupol, disusuli dengan bunyi siren polis dan ambulans merentasi pusat bandar Ukraine.
Letupan turut dilaporkan di Kharkiv, sebuah bandar besar kira-kira 35 kilometer (km) ke selatan sempadan Rusia.
Selain itu, empat letupan kuat dilaporkan di Kramatorsk, bandar pesisir pantai yang juga pusat pentadbiran kerajaan Ukraine di zon perang timur.
– AFP
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today