Tanggal 14 Mei 1948 menjadi menjadi saksi kekejaman Zionis Israel terhadap warga Palestin yang sudah berabad lamanya menetap di bumi anbiya itu.
Peristiwa Nakbah (malapetaka) menjadi lambang kezaliman Zionis merampas tanah milik rakyat Palestin bagi mendirikan negara haran Israel.
Walaupun tragedi itu berlaku lebih 70 tahun yang lalu, pada tahun 2022 kekejaman Israel masih belum menemui titik noktahnya.
Mereka terus melancarkan serangan dan menggugat keselamatan rakyat Palestin.
Menyingkap kembali sejarah hitan tersebut, bangsa Yahudi menjadikan kekejaman Adolf Hitler bagi menagih simpati dunia.
Presiden Pertubuhan Zionis Antarabangsa, Theodore Hertzl yang dianggap sebagai “figura” oleh bangsa Yahudi, memberi ilham bagi menetap di bumi Palestin, telah bertindak kejam memusnahkan penempatan penduduk asal bagi memberi perlindungan kepada bangsa Zionis.
Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 menerima sokongan kuat pihak British, malah terdapat frasa yang berpihak kepada penubuhan penempatan Yahudi di Palestin.
Peristiwa hitam itu telah meragut hampir 800,000 rakyat Palestin, hak mereka dirampas malah diusir dari tanah air mereka sendiri.
Kira-kira 600 bandar dan perkampungan telah dihancurkan dan dihapuskan dari peta Palestin.
Terkini, pembunuhan wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh yang ditembak oleh tentera Israel ketika sedang membuat liputan mengenai pencerobohan Israel di Tebing Barat telah mengundang kemarahan dunia.
Oleh itu, setiap tahun pada tarikh 14 Mei akan diraikan oleh Zionis, berbeza pula bagi rakyat Palestin yang menggelarkan hari itu sebagai hari tragedi. Bagi memperingati perisitiwa hitam itu, tanggal 15 Mei dijadikan hari memperingati dan digelar sebagai Hari Nakbah.
Semoga satu hari nanti dunia akan ‘buka mata’ dan sedar akan kebenaran tentang kezaliman Israel dan akhirnya menunjukkan sokongan terhadap Palestin.
Sempena Hari Nakbah yang ke-74 ini, ia bukanlah hari untuk bersedih, tetapi hari solidariti bersama rakyat Palestin agar mereka mendapatkan pembelaan dunia dan sebagai persediaan kepada kemenangan yang pasti akan datang buat mereka.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia