Hari Nakba mimpi ngeri umat Islam…
Kejayaan Zionis rampas bumi Palestin secara besar-besaran

Tanggal 14 Mei 1948 menjadi satu tarikh yang membawa 1,001 kedukaan buat seluruh umat Islam terutamanya mereka yang berada di bumi anbiya’ itu. Tarikh keramat itu menjadi saksi bukti kekejaman Zionis dalam menakluk penempatan rakyat Palestin yang berabad menetap di tanah itu.
Seperti melepaskan anjing tersepit, bangsa Yahudi pada asalnya menagih simpati dunia dari kekejaman Adolf Hitler yang memperalat bangsa Yahudi ini seperti hamba kepada Eropah, tampil berani menunjukkan belang menghalau penduduk asal Palestin keluar dari negara mereka sendiri.

Perancangan dan impian Presiden Pertubuhan Zionis Antarabangsa, Theodore Hertzl menubuhkan negara Yahudi di Palestin menjadi kenyataan. Figura yang memberi ilham untuk menetap di bumi Palestin dan memusnahkan penempatan penduduk asal bagi memberi perlindungan kepada bangsa Zionis.
Pelan mereka bagi menubuhkan negara sendiri disokong kuat oleh British. Deklarasi Balfour pada 2 November 1917 menjadi bukti. Deklarasi itu ditujukan kepada Lord Rostchild yang juga pemimpin Yahudi di England.
Dalam deklarasi ini, terdapat frasa begitu jelas tujuannya:
Kerajaan Tuanku berpihak kepada (menyokong) penubuhan di Palestin sebuah rumah (negara) bagi golongan Yahudi. – Deklarasi Balfour, 1917
Bumi Palestin yang dikenali sebagai ‘tanah yang diberkati’ kini perlahan-perlahan beralih tangan kepada Yahudi setelah hampir 1,300 tahun di bawah naungan kerajaan Islam.
Mimpi Zionis Yahudi menjadi realiti tidak semudah yang disangka jika bukan dengan strategi yang tersusun rapi. Antara pelan yang dilaksanakan ialah operasi penghapusan etnik dan pembunuhan secara besar-besaran (massacre). Rakyat Palestin berhadapan dengan kekejaman tentera gerila Zionis iaitu Haganah, Irgun, Stern, Gang (Lehi) dan Palmach bersatu dalam satu perancangan yang dipanggil ‘Pelan Dalet’.
Dianggarkan sebanyak 750,000 rakyat Palestin menjadi pelarian ekoran keganasan Zionis.
Siapa sahaja akan berang dengan tindakan keji Zionis yang memusnahkan, menghalau dan memaksa warga Palestin merempat di tanah sendiri dan juga di bumi Syams yang lain. Mereka bukan lari kerana pengecut, jauh sekali takut dengan Zionis. Tetapi mereka lari untuk menyelamatkan nyawa dan melindungi anak-anak mereka dari kekejaman Zionis.
Walaubagaimanapun, semangat mereka untuk kembali menakluk Palestin tetap utuh. Banyak cubaan yang dilakukan anatara mereka melancarkan Perarakan Pulang Besar-besaran pada 2018 sebagai simbolik untuk pulang ke tanah air yang dirampas Israel. Namun, gagal apabila tembok pemisah yang dibina Israel menghalang pergerakan mereka.
Meskipun tidak berjaya, rata-rata penduduk Israel tetap terjejas secara psikologi akibat takut pada kebangkitan Palestin.
Oleh itu, setiap tahun tarikh 14 Mei akan diraikan oleh Zionis, berbeza pula bagi rakyat Palestin yang menggelarkan hari itu sebagai hari tragedi. Bagi memperingati perisitiwa hitam itu, tanggal 15 Mei dijadikan hari memperingati yang digelar sebagai Hari Nakbah.
Hari ini dalam sejarah tercatat Hari Nakbah kemenangan buat Zionis Israel, kali ini jadikan pula ia Hari Kejatuhan buat Israel. Ayuh ! bersama kita bangkit merampas kembali tanah milik saudara kita yang dicuri.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom
***
Palestin kembali berdarah! Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan. MAPIM merayu supaya kita dapat bersama-sama membantu mereka.
Sumbangan boleh dibuat melalui:
https://www.billplz.com/tabungkilatgaza ATAU menerusi Akaun Maybank DANA MAPIM : 5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau Whatapps 012-800-2016