Semasa

Gempa Morocco : “Kami bersyukur kepada Tuhan kerana anak lelaki kami yang lain masih hidup.”

TALAT N’YAAQOUB – Musim persekolahan sudah tidak lama lagi, Suleiman Aytnasr yang berusia tujuh tahun telah diusung ke biliknya selepas dia tertidur di ruang tamu. Ketika dia sedang lena, gempa bumi yang kuat telah menjatuhkan siling ke atas tubuh kecilnya.

Bapa kanak-kanak itu, Brahim, 41, sedang bersolat ketika gempa berukuran 6.8 pada skala Richter mengegarkan kampung mereka di pinggir Talat N’Yaaqoub, salah satu kawasan yang paling teruk dilanda bencana.

Brahim berusaha untuk mendapatkan keluarganya. Dua anak lelaki sulungnya, yang berada di tingkat atas, terpaksa memanjat siling dapur yang runtuh bagi mendapatkan ibu bapa dan sepupu mereka yang tinggal bersama. Tetapi Brahim tidak dapat mengesan Suleiman.

Isteri telah memintanya mengesan sebarang bunyi yang menandakan anak mereka masih hidup.

Selepas tidak mendengar sebarang bunyi melalui celah runtuhan, dia sedar anaknya sudah terkorban. Brahim kemudiannya mendapatkan mayat Suleiman dengan bantuan ahli keluarga.

“Dia sudah tiada,” kata Brahim. “Kami bersyukur kepada Tuhan kerana anak lelaki kami yang lain masih hidup.”

Abang Suleiman, Mouath, 20, mengesat air matanya ketika mengingat tentang tragedi itu, dia berdiri di tempat di mana ruang tamunya pernah ada. Dia menyifatkan Suleiman sebagai seorang yang suka bergurau dan mencintai alam.

Terletak kira-kira 72 km di selatan Marrakesh di Pergunungan Tinggi Atlas dan berhampiran pusat gempa bumi, banyak rumah di perkampungan itu telah musnah.

Batu-batu besar telah menghalang jalan, menyukarkan anggota penyelamat untuk sampai ke kawasan itu. Jentera berat digunakan untuk membersihkan jalan raya, tetapi runtuhan batu lain yang terjadi kemudian menghalangnya semula.

Brahim berkata, dia telah membantu menyelamatkan enam jiran yang tertimbus di bawah runtuhan pada malam gempa bumi dan mengeluarkan beberapa mayat. Ramai orang di kampung itu telah terkorban.

“Terdapat banyak penderitaan tetapi kami bersyukur kepada Tuhan untuk segala-galanya,” katanya. “Tuhan boleh memperbetulkan semuanya semula. Kami tidak kehilangan harapan.”

Brahim, yang berpindah ke perkampungan itu pada tahun 2000, berkata dia merancang untuk tinggal dan membina semula kehidupannya. Beliau menggesa pihak berkuasa dan badan kebajikan memberikan bantuan bagi membantu untuk mereka kembali bangkit daripada kemusnahan gempa.

SUMBER : Alexander Cornwell Jihed Abidellaoui (Reuters)

Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM

MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.

Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.

MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.

Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)

Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh

Related Articles

Back to top button