Semasa

Raja Bomoh langgar fatwa ?

TELUK INTAN : Raja Bomoh membuat laporan polis mendakwa upacara yang dilakukannya itu tidak bertentangan dengan agama Islam dan syariah.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Teluk Intan pada 12.30 tengah hari semalam.

Katanya, mereka melakukan upacara itu mengisytiharkan ia tidak bertentangan dengan agama Islam atau syariah.

“Hanya berdoa untuk keselamatan semua penduduk supaya banjir tidak berlaku.”

Ketika dihubungi semalam, beliau menjawab, “laporan ini juga telah dimajukan kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak untuk pemeriksaan.”

Manakala pada 2015, kerajaan Negeri Perak mengeluarkan fatwa di bawah Seksyen 36 dan Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 yang melarang upacara individu dikenali sebagai Raja Bomoh.

Menurut Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, Jawatankuasa Fatwa Negeri telah bersidang pada 17 dan 19 September 2014 dan memutuskan kekufuran yang dilakukan oleh seseorang itu bertentangan dengan hukum syarak.

Sehubungan itu, beliau menyatakan umat Islam di negeri itu yang mengenepikan fatwa itu mungkin berdepan tindakan undang-undang di bawah undang-undang Perak.

“Oleh demikian, umat Islam dilarang menyebar, mempromosikan fahaman dan ajaran, menghadiri apa-apa upacara yang dikaitkan dengan ajaran tersebut atau menyokong apa-apa aktiviti perbomohan sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button