SemasaSukan

Hampir terlepas pertandingan, pelari Jamaica peroleh emas hasil pertolongan seorang wanita dan teksi percuma

wanita itu ditawarkan tiket percuma ke Jamaica

TOKYO : Hansle Parchment, atlet Jamaica yang memperoleh pingat emas di Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 110 meter lari berpagar, hampir terlepas acara sekiranya tidak dibantu oleh teksi yang dibayar oleh wanita yang tidak dia kenali.

Selepas memenangi acara itu Parchment cuba mengesan wanita tersebut dan mahu memberikannya hadiah.

Ceritanya bermula ketika Parchment mahu bertanding pada peringkat separuh akhir tetapi beliau salah menaiki bas dan akhirnya sampai ke acara lumba perahu.

Dia tersesat dan dalam hatinya sudah tidak ada harapan untuk sampai ke stadium dalam masa yang sepatutnya.

“Saya melihat seorang sukarelawan dan saya merayu bantuannya – kerana tentu saja dia tidak diizinkan berbuat banyak – dan dia memberikan saya sejumlah wang untuk naik teksi.”

“Begitulah caranya saya dapat sampai ke trek pada waktu yang tepat dan boleh memanaskan badan dan bersaing – dan itu luar biasa.”

Pencarian Parchment akhirnya berakhir minggu lepas apabila berjaya menemui wanita yang membantunya itu. Dia menunjukkan pingat yang tidak mungkin dimenanginya sekiranya tanpa bantuan wanita itu.

Sukarelawan wanita itu bernama Trijana.

“Kamu mempunyai peranan yang sangat penting ketika final hari itu,” kata pelari berusia 31 tahun tersebut sambil mengeluarkan pingat emasnya dan menyerahkannya pada Trijana.

“Sungguh, kamu dapat ini?!” jawab Trijana.

Parchment juga memberinya baju Jamaica dan sejumlah wang tunai untuk tambang taksi.

Mendengar kisah ini, laman berita Jamaica The Gleaner melaporkan, Menteri Pelancongan negara itu menawarkan Trijana tiket percuma ke Jamaica.

 

Related Articles

Back to top button