Dunia

Hampir 400 kanak-kanak di Myanmar dibunuh, diseksa sejak rampasan kuasa – PBB

PBB menggesa agar kanak-kanak dilindungi daripada serangan kejam junta Myanmar

ANKARA : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar kanak-kanak dilindungi daripada serangan kejam junta Myanmar.

Menurut laporan Agensi Anadolu, pelapor khas PBB mengenai hak asasi manusia di Myanmar, Tom Andrews mengeluarkan laporan bahawa pembunuhan dan penyeksaan kejam oleh kumpulan bersenjata melibatkan sekurang-kurangnya 382 kanak-kanak sejak rampasan kuasa tahun lepas.

“Sama seperti hak kanak di seluruh dunia, hak kanak-kanak di Myanmar juga mesti dihormati dan diperakui bermula dengan hak asasi untuk hidup. Tetapi di Myanmar, hak kanak-kanak dan ahli keluarga terbatas. Kanak-kanak bukan sahaja terperangkap dalam pertempuran, tetapi mereka juga menjadi sasaran,” menurut laporan itu.

Anggota PBB menyelaras usaha untuk menerima pakai prosedur operasi bagi membenarkan tindak balas kemanusiaan segera dan tepat pada masanya serta beralih daripada geran terhad kepada pembiayaan teras.

“Pencabulan terhadap hak asasi manusia dan keadaan menjadi semakin buruk selepas hampir satu tahun setengah, maka jelas bahawa tindak balas masyarakat antarabangsa terhadap krisis di Myanmar gagal khususnya terhadap kanak-kanak dan keluarga.

“Seperti yang didokumenkan dalam laporan ini, serangan ganas junta terhadap kanak-kanak adalah sebahagian daripada serangan meluas dan sistematik secara berterusan terhadap rakyat Myanmar dan berkemungkinan merupakan jenayah perang dan kemanusiaan,” menurut laporan itu.

Dalam pada itu, menurut laporan yang diterima oleh PBB, seramai 250,000 kanak-kanak hilang tempat tinggal manakala lebih setengah juta kanak-kanak menjadi pelarian di negara jiran berikutan serangan tentera ke atas penduduk awam.

Askar dan pegawai polis telah menyeksa sekurang-kurangnya 142 kanak-kanak sejak rampasan kuasa,

Kira-kira 7.8 juta kanak-kanak tidak mendapat akses pendidikan akibat rampasan kuasa. Sementara itu, pasukan tentera telah membunuh hampir 2,000 orang sejak rampasan kuasa pada Februari 2021, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button