Hampir 2 juta berisiko mati kebuluran di “Tanduk Afrika” : PBB

JOHANNESBURG : Ketua Setiausaha Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Martin Griffiths memaklumkan bahawa hampir 2 jua kanak-kanak berisiko mati kelaparan di saat Tanduk Afrika mengalami musim kemarau terburuk sejak beberapa dekad.
Sebahagian daripada Kenya, Ethiopia dan Somalia menghadapi cuaca paling kering dalam tempoh lebih 40 tahun dan agensi bantuan berusaha untuk mengelak berulang kembali masalah kebuluran sedekad lalu yang mengorbankan ratusan ribu penduduk.
Griffiths berucap dalam persidangan tertutup di Geneva memberitahu organisasi iu hanya memiliki sebahagian kecil daripada $ 1.4 bilion yang diperlukan untuk mengatasi isu kemarau.
“Kebenaran pahit yang mesti kita akui ialah kita sedang melawan masa untuk mengelakkan kehilangan nyawa berskala besar pada 2022, dan kita tidak mempunyai sumber untuk berbuat demikian.
“Kita mesti bertindak sekarang tanpa perlu rasa menyesal. Nyawa benar-benar tergantung terhadap hidup keseimbangan,” katanya.
Musim kering di rantau ini kini semakin meningkat kebarangkalian untuk mewujudkan apa yang dikatakan Griffiths akan membentuk “salah satu kecemasan akibat iklim yang paling teruk dalam sejarah.”
Sudah, lebih 15 juta orang di rantau ini mengalami tahap kelaparan yang tinggi dan pengembala telah kehilangan kira-kira 3 juta haiwan akibat kemarau, tambahnya.
Dalam pada itu, Panel Antara Kerajaan PBB mengenai Perubahan Iklim, pihak berkuasa sains iklim global terkemuka berkata gelombang haba, kemarau dan hujan yang melampau akan menjadi lebih kerap akan datang apabila suhu terus meningkat.
Terjemahan dari Daily Sabah