HAMAS semakin kuat daripada Israel : Akhbar Israel Maariv
Kepimpinan Yahya Sinwar semakin mampu membaca gerak geri tentera rejim
Di sebalik bertahan dengan operasi ketenteraan Israel selama lebih 30 tahun, Pergerakan Perjuangan Pembebasan Palestin, HAMAS, dilapor semakin kuat berbanding dengan tentera rejim.
Memetik agensi Berita Sama, pendapat itu disuarakan oleh wartawan Israel dan pengulas Radio Tentera Darat Jackie Khojie yang menulis di dalam akhabr Israel Maariv pada Ahad lalu (30 Mei)
Khoji melontarkan pendapatnya dengan satu persoalan mengenai kekuatan yang kini dimiliki Hamas dan bagaimana Hamas dilihat semakin berjaya mengalahkan Israel.
Walaupun diserang dengan dahsyat sehingga menyebabkan ratusan nyawa terkorban syahid, dengan kehancuran puluhan bangunan serta letupan di terowong, Hamas dan pengikut tetap meneruskan provokasi kepada Israel, seperti tiada halangan langsung. Kata Khojie, seiring berjalannya waktu, kepimpinan pihak terpisah Palestin itu memperoleh keberanian sangat tinggi.
Menurut Khojie, Hamas bukan pihak yang memulakan serangan tetapi mencabar untuk melancarkan serangan ke Baitulmaqdis. Tidak menunggu lama belon isyarat amaran dilepaskan seraya amaran keras berbunyi :
“Kami (Hamas) bersedia menarik picu senjata pada bila-bila masa,
untuk membalas apa yang Israel buat ke atas Baitulmaqdis”
Malahan Khojie mengulangi bahawa apa yang dipamerkan Hamas itu bukan amalan satu pimpinan yang kalah, sambil menegaskan Hamas berulang-ulang menghina Israel.
“Ini sama sekali bukan amalan pemimpin yang tewas” -Wartawan Israel dan pengulas Radio Tentera Darat / Jackie Khojie
Pengalaman sebelum ini telah mengajar bahawa kekuatan Israel ke atas Gaza semakin menghakis. Ini bersandarkan ucapan berapi dan penuh semangat yang dilontarkan pemimpin Hamas Yahya Sinwar baru-baru ini. Hamas berterusan menanam rasa kegusaran terhadap Israel dan menyerang DNA Israel kerana mungkin tiada serangan lagi pada masa terdekat. Wartawan Israel itu juga menunjukkan keupayaan Hamas membaca fikiran Israel juga kian meningkat.
“Hamas tahu bagaimana dan kenapa tekanan diperlukan, termasuk menggunakan perantara seperti belon amaran, roket dan sebagainya. Segala langkah telah disusun untuk memenuhi kriteria tertentu yang diperlukan pada sesuatu masa yang ditentukan.” – Wartawan Israel dan pengulas Radio Tentera Darat / Jackie Khojie
Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar
Menurut Khoji , Hamas telah mengetahui apa yang berlaku di Israel selama bertahun-tahun. Sehubungan itu, apabila Israel mengambil keputusan yang berkait dengan Hamas, biasanya ia berpunca daripada keperluan Israel untuk pilihan raya atau membalas dendam.
Bagaimanapun, apabila Hamas membuat keputusan strategik, ia didapati berdasarkan kesedaran tentang apa yang berlaku di Israel. Kelebihan pemimpin Ha mas yang pernah berada di penjara Israel, mempelajari bahasa Hebrew dan sangat mengenali orang Israel, memudahkan Hamas bertindak demikian.
Khojie turut menyampaikan dalam siaran media itu bahawa – tiada siapa menyangka Hamas akan menang setelah serangan terakhir Israel, tapi orang Arab dan masyarakat antarabangsa telah melakukan provokasi terhadap pasukan Ha mas, mengajarnya bagaimana untuk menghentikan keganasan itu. Itulah yang Hamas telah capai.
Sering kali selepas setiap serangan, Hamas menunjukkan diri semakin gagah, lebih kuat daripada sebelumnya. Sudah tiba masanya untuk bertanya pada diri kita (Israel) apa salah kita? Sekiranya tentera Israel mendabik dada dapat memusnahkan infrastruktur milik masyarakat Gaza selama 30 tahun, tetapi hakikatnya mereka semakin kuat? Kenapa pemimpin Hamas lebih berani dan kurang takut kepada Israel? Adakah mereka telah berjaya membaca kod DNA Israel, selepas satu generasi ke satu generasi yang lain? – Wartawan Israel dan pengulas Radio Tentera Darat / Jackie Khojie
Oleh : Muhammad Nasrul Haqim bin Mohd Nasir – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
*******Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia