BAITULMAQDIS : Kumpulan pejuang Hamas mengecam tindakan Israel kerana membenarkan penganjuran siri konsert di Masjid Besar Beersheba.
Menurut laporan Middle East Monitor, Hamas dalam satu kenyataan berkata mereka mengutuk sekeras-kerasnya perjanjian pendudukan Israel untuk mengadakan beberapa siri konsert dan perayaan di masjid tersebut.
#Hamas condemns Israel for allowing concerts at Beersheba Mosque https://t.co/lYbc4Bi6s1
— Middle East Monitor (@MiddleEastMnt) September 3, 2022
Hamas menegaskan bahawa perkara ini adalah pencabulan terang-terangan terhadap kesucian masjid, ia juga menunjukkan bahawa tindakan ini “memprovokasi umat Islam di seluruh dunia.”
“Masjid-masjid bersejarah mengekalkan hubungan antara tanah ini dan penduduk asal.
“Penghakiman pendudukan Israel dan dasar penjajah tidak akan berjaya memesongkan ciri-ciri atau mengubah fakta sejarah Palestin,” menurut mereka.
Dalam pada itu, Hamas menyeru rakyat Palestin untuk melindungi tanah air dan tempat suci mereka dengan apa jua cara sekalipun.
Kenyataan Hamas dibuat sehari selepas penganjuran beberapa siri konsert dan festival di perkarangan masjid tersebut.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia