Hamas telah menggelar serangan israel ke atas orang awam dan bangunan kediaman di Khan Younis di selatan Gaza sebagai “pembersihan etnik.”
Untuk hari ketiga berturut-turut, tentera israel meneruskan serangan kejamnya di Khan Younis dengan tembakan artileri, bom, dan perobohan bangunan kediaman.
Tentera melancarkan serangan mengejut di bandar itu selepas mengeluarkan arahan pemindahan segera untuk penduduk di kawasan kejiranan timurnya, yang sebelum ini ditetapkan Tel Aviv sebagai “zon selamat” untuk orang awam yang dipindahkan.
Sekurang-kurangnya 89 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 300 lagi cedera dalam serangan israel yang berterusan di bandar itu, menurut pihak berkuasa tempatan.
“Pemusnahan sistematik berterusan israel ke atas kawasan kejiranan kediaman di Khan Younis, menembak secara sengaja ke arah orang awam, dan membedil sewenang-wenangnya kawasan kediaman adalah kesinambungan pembunuhan beramai-ramai dan pembersihan etnik di Gaza,” kata Hamas dalam satu kenyataan.
“Pendudukan itu memusnahkan tinggalan mercu tanda kehidupan dalam pandangan dunia yang tidak mampu mengambil langkah pencegahan,” tambahnya.
SUMBER : TRT World