DuniaSemasa

Hadiah rambutan, longan, dan manggis untuk petugas barisan hadapan di Thailand.

Demi membantu pekebun dan memberi semangat kepada frontliner

BANGKOK : Pelbagai cara dilakukan untuk memberikan semangat kepada petugas barisan hadapan yang berjuang bagi menekan penularan COVID-19.

Di Thailand, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha akan menghadiahkan satu tan buah-buahan tempatan kepada petugas barisan hadapan.

Timbalan jurucakap kerajaan Ratchada Thanadirek memaklumkan perdana menteri akan membeli longan, manggis, dan rambutan untuk diberikan kepada petugas kesihatan dan sukarelawan.

Ia juga bertujuan untuk menyokong projek ‘Happy Farmers – satu inisiatif membantu golongan pekebun.

Ketika pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia, Thailand menghadapi cabaran mengeksport buah-buahan yang menyebabkan berlakunya penurunan harga dan lambakan bekalan.

“Untuk menyokong pekebun perdana menteri akan membeli buah-buahan daripada koperasi tempatan dan akan dihantar kepada pekerja kesihatan dan sukarelawan,” katanya pada sidang media hari ini.

‘Happy Farmers’ adalah kempen anjuran Kementerian Perdagangan, Kementerian Pertanian dan Koperasi dan Thailand Post untuk mempromosikan perdagangan produk pertanian secara dalam talian.

— BERNAMA

Related Articles

Back to top button