KUALA LUMPUR : Had umur untuk pelawat dan jemaah untuk masuk ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi kini dimansuhkan tidak kira bagi tujuan umrah mahupun ziarah.
Bagaimanapun, syarat yang dikenakan adalah jemaah perlu memiliki status ‘imun’ dalam aplikasi ‘Tawakkalna’.
Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Saudi menerusi perkongsian infografik di Twitter rasminya pada Ahad menyatakan tiada lagi had umur ditetapkan bagi pelawat dan jemaah umrah memasuki Dua Masjid Suci.
Dear Guests of Allah: You only need to have (Immune) in #Tawakkalna, to issue your permits via #Eatmarna. pic.twitter.com/iKacu6vqKH
— Ministry of Hajj and Umrah (@MoHU_En) February 26, 2022
“Hanya perlu status imun dalam aplikasi Tawakalna dan memiliki permit sah sewajarnya menerusi aplikasi Eatmarna”, menurut ciapan MoHu di laman Twitternya.
Terdahulu, kebenaran untuk memasuki kedua-dua masjid itu hanyalah diberikan kepada jemaah berumur tujuk tahun ke atas dan lengkap divaksinasi.
Dalam pada itu, MoHU berkata memandangkan kes Covid-19 di negara itu terus mencatatkan penurunan ketara, SOP dan langkah-langkah pencegahan lain akan dilonggarkan seperti penjarakan sosial dan fizikal.
Menurutnya, ia adalah sebagai persediaan untuk meningkatkan kapasiti jemaah pada bulan Ramadan yang bakal tiba tak lama lagi.
-AGENSI