Graduan Meraikan Konvokesyen pada hari pernikahan
Hari konvokesyen dan pernikahan merupakan dua tarikh penting yang menggembirakan untuk semua orang, tambah lagi apabila dua majlis tersebut disambut pada hari yang sama.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Ameerul Hakim Muzi@ Ahmad Fauzi , 27, telah menikahi isterinya Nur Izzatul Nabilah Ghazali ,22, pada hari konvokesyennya.
Menurut Ameerul, tarikh pernikahan mereka pada awalnya dijadualkan pada bulan Mei ini namun disebabkan kekangan pekerjaan isterinya, tarikh pernikahan dipinda pada tarikh hari konvokesyen.
Sebelum ini Ameerul agak terkilan apabila dimaklumkan tarikh konvokesyennya.
“Saya hanya tahu mengenai konvokesyen ini bulan lepas, jadi mustahil untuk saya tunda atau percepatkan tarikh pernikahan kerana semua persiapan sudah dibuat seperti tempahan hotel dan undangan tetamu.
“Namun sebaik sahaja saya maklumkan kepada UniSZA saya tidak dapat hadir majlis pernikahan, lain pula yang berlaku. Pihak pengurusan UniSZA memberi kebenaran untuk saya hadir pada sesi petang,” katanya.
Ini menjadi memori paling manis buat Ameerul yang dapat menyambut bukan sahaja hari pernikahannya tetapi hari konvokesyennya walaupun dalam keadaan kepenatan ujarnya.
Oleh wartawan pelatih – Izzul Nazaruddin