DuniaSemasa

Google kejar kontrak Israel, pekerja lancar protes

SAN FRANCISCO: Lebih 15 pekerja Google telah melancarkan protes dan menyiarkan testimoni audio ke YouTube pada Selasa meminta syarikat itu tidak bekerjasama dengan Israel serta mengkritik layanan Google terhadap rakyat Palestin termasuk penapisannya terhadap pekerja yang Pro Palestin.

Paling lantang adalah Ariel Koren, 28 tahun, yang bekerja sebagai Pengurus Pemasaran Produk Pendidikan Google selama 7 tahun.

Koren melalui kemaskini terbaharunya di twitter nekad akan meletakkan jawatannya minggu ini selepas berterusan bersuara menentang tindakan syarikat itu sejak Oktober 2021.

Menurut Koren, Projek Nimbus yang bernilai USD 1.2 bilion adalah kontrak kerjasama diantara Google, Amazon serta kerajaan & ketenteraan Israel.

Melalui Project Nimbus, sistem pengkomputeran awan yang dibina oleh Google dan Amazon akan menyediakan kerajaan serta tentera Israel dengan teknologi kecerdasan buatan.

Sedutan surat terbuka Ariel Koren yang tersebar di media sosial

“Daripada mendengar pekerja-pekerja yang mahu Google mematuhi prinsip etikanya, Google secara agresif terus mengejar kontrak ketenteraan dan melucutkan suara pekerjanya,” tulisnya di platform Medium.

Tarikh Mei 2021, pada ketika keganasan serta penindasan tentera Israel yang membunuh ramai rakyat Palestin di Gaza, Google mengumumkan penglibatannya dalam Projek Nimbus, jelas Koren penuh kecewa.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Rakyat Palestin terbiar sendirian tanpa sokongan. Mereka terus dizalimi, terus dicerobohi tanpa belas kasihan. Ayuh kita bersatu membantu mereka.

Sokongan & sumbangan anda untuk rakyat Palestin amat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button