DuniaSemasa

Gencatan senjata di Sudan selama 7 hari bermula hari ini

KHARTOUM: Angkatan bersenjata Sudan bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama 7 hari yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Antara Kerajaan Mengenai Pembangunan (IGAD) di Afrika Timur  bermula 4 hingga 11 Mei, lapor media Sputnik, memetik kenyataan tentera pada Rabu.

Angkatan tentera menyatakan persetujuan terhadap cadangan (IGAD), berdasarkan prinsip penyelesaian Afrika kepada masalah benua serta mengambil kira aspek kemanusiaan,” jelas pihak tentera.

Tentera Sudan juga mempertimbangkan inisiatif gencatan senjata AS-Saudi, tambah kenyataan itu.

Kredit foto Sudan News Agency

Kami berharap pemberontak (Rapid Support Forces) akan menghormati gencatan senjata yang dicadangkan,” menurut kenyataan itu.

Pada Selasa, Kementerian Luar Sudan Selatan memaklumakn pemimpin angkatan bersenjata Sudan dan RSF bersetuju dengan gencatan senjata dari 4 – 11 Mei.

Menurut kenyataan itu lagi, ketua komander tentera Sudan Jeneral Abdel Fatah Al Burhan dan pemimpin RSF Mohamed Hamdan Dagalo bersetuju untuk menamakan wakil mereka bagi memulakan rundingan.

Bagaimanapun, Yusuf Izzat, penasihat kepada pemimpin RSF Mohamed Hamdan Dagalo, berkata pada Selasa bahawa RSF belum bersetuju dengan gencatan senjata, namun menegaskan bahawa RSF tidak menolak langkah terbabit dan mengalu-alukan semua inisiatif yang bertujuan menyelesaikan konflik dalaman di Sudan.

Al-Salmaniya di Sungai Nil menganjurkan perarakan sokongan dan advokasi untuk angkatan tentera

Pada 15 April, pertempuran ganas berlaku antara pasukan tentera Sudan dan RSF di Khartoum dan kawasan sekitar.

Pihak-pihak berkaitan telah melaksanakan beberapa gencatan senjata sementara di seluruh negara sejak itu, namun begitu pelanggaran terhadapnya sering kali dilakukan.

Menurut Kementerian Kesihatan Sudan, sekurang-kurangnya 550 orang telah terbunuh dalam konflik itu dan hampir 5,000 cedera setakat ini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button