Covid19DuniaKemanusiaanKesihatanPalestin

Gencatan senjata buka ruang UNICEF salur bantuan

Nasib kanak-kanak perlu dibela

KUALA LUMPUR :   Waktu kecil seorang kanak-kanak kebiasannya dihiasai dengan pelbagai jenis permainan dan penuh dengan gelak tawa bersama rakan sebaya. Namun, keindahan ini bagi anak-anak Gaza dicemari dengan bedilan bom dan keganasan yang melampau oleh tentera rejim.

Seolah, mereka bangun dari mimpi yang indah dan berhadapan dengan realiti yang mengerikan.

Hidup mereka berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Penindasan yang dilakukan rejim Zionis berabad tahunnya, melatih diri mereka untuk hidup matang dari usia sebenar. Ada yang kehilangan tempat tinggal dan ada yang hilang ibu dan ayah.

Kenyataan yang dikeluarkan UNICEF menunjukkan di Gaza, sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak terkorban dan 444 yang lain cedera parah kurang dari tempoh 10 hari. Manakala, kira-kira 30,000 kanak-kanak hilang tempat perlindungan.

Menurut portal rasmi Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), hampir sejuta kanak-kanak di Gaza mengalami trauma akibat daripada keganasan yang dilakukan Israel terhadap kehidupan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan UNICEF menunjukkan di Gaza, sekurang-kurangnya 60 kanak-kanak terkorban dan 444 yang lain cedera parah kurang dari tempoh 10 hari. Manakala, kira-kira 30,000 kanak-kanak hilang tempat perlindungan.

Dianggarkan 250,000 kanak-kanak memerlukan perkhidmatan kesihatan dan perlindungan dari segi kesihatan mental. Empat kemudahan kesihatan yang disediakan musnah di tangan Zionis dan sebanyk 40 buah sekolah turut ranap.

Kini , terdapat 48 buah sekolah dibawah pengendalian Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA), dijadikan sebagai tempat perlindungan kecemasan bagi keluarga mangsa yang kehilangan tempat tinggal.

Semalam, Pengarah Eksekutif UNICEF, Henrietta Fore menyeru genjatan senjata kemanusiaan segera dilakukan di Gaza bagi membolehkan bantuan dapat disalurkan.

Beliau turut mendesak penubuhan koridor kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyalurkan bekalan bantuan meliputi bahan bakar, barang perubatan, alat pertolongan cemas dan vaksin COVID-19.

“Konflik terus berlarutan setiap hari, kanak-kanak di Gaza terus menderita. Gencatan senjata amat diperlukan sekarang. Mereka berhak mendapat kehidupan yang sempurna jauh daripada sebarang kekerasan dan ketakutan yang sudah berlarutan sekian lama,” – Henrietta Fore /Pengarah Eksekutif UNICEF

UNICEF turut menganggarkan kira-kira 325,000 rakyat Palestin memerlukan perkhidmatan air dan sanitasi, tanpa alatan ini mereka boleh menjadi golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit berjangkit yang boleh mengundang maut.

Tambah Fore, 60 peratus bekalan elektrik di seluruh Gaza menurun, menjadikan tempat-tempat penting seperti hospital hanya bergantung pada generator untuk merawat pesakit.

UNICEF menegaskan hentikan sebarang keganasan yang mengakibatkan penderitaan buat kanak-kanak serta selesaikan sebarang pertikaian politik untuk jangka masa panjang. Anak-anak ini seharusnya berada jauh dari lingkaran keganasan dan ketakutkan yang dahsyat.

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

_____________________________
MASA UNTUK BERINDAK !

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button