ANKARA: Seorang bayi yang diselamatkan daripada runtuhan akibat gempa bumi yang melanda selatan Turkiye disatukan semula dengan ibunya pada Sabtu, kira-kira 54 hari selepas bencana berkenaan.
Vetin Begdas, berusia 3 setengah bulan, yang panggil ‘Mystery’ (Gizem dalam bahasa Turkiye) diselamatkan di wilayah Hatay, 128 jam selepas gempa bumi melanda negara itu pada 6 Februari lalu.
Bayi itu kemudian dipindahkan ke hospital di Ankara.
Menteri Keluarga dan Perkhidmatan Sosial, Derya Yanik menyatukan semula bayi itu dengan ibunya, Yasemin Begdas di wilayah Adana, tempat bayi itu sedang menerima rawatan, menurut Agensi Anadolu.
Bayi dan ibu itu disatukan selepas ujian DNA dijalankan. Bapa dan 2 abangnya terkorban dalam gempa bumi yang turut meragut lebih 50,000 nyawa.
“Hakikat bahawa bayi itu terselamat dan tidak mempunyai masalah kesihatan menarik perhatian kami dan ia suatu keajaiban,” kata Yanik.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank: 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia