DuniaSemasa

Gempa Turkiye: 2.5 juta kanak-kanak perlu bantuan – UNICEF

GAZIANTEP: Hampir 2.5 juta kanak-kanak di Turkiye masih memerlukan bantuan kemanusiaan dan berisiko jatuh miskin, menjadi buruh kanak-kanak atau terjebak perkahwinan bawah umur.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengeluarkan amaran tersebut selepas 2 bulan gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan utara Syria.

Wakil UNICEF di Turkiye, Regina De Dominicis berkata, walaupun tindak balas kemanusiaan adalah pantas dan ketara, tetapi realitinya ialah masa depan jutaan kanak-kanak masih tidak menentu.

Wakil UNICEF di Turkiye, Regina De Dominicis bersama kanak-kanak di lokasi bencana di Gaziantep, Turkiye

Keadaan itu ditambah dengan ketidakupayaan keluarga untuk memulakan semula kehidupan mereka selepas berdepan detik sukar tersebut.

Jelas Regina lagi, sokongan yang lebih banyak adalah penting untuk memastikan kanak-kanak dilindungi dan keperluan mereka dipenuhi sebagai bahagian utama proses pemulihan.

Agensi Palestinian International Cooperation turut ke bandar Malatya membantu pemulihan psikologi kanak-kanak di Turkiye

Setakat ini, UNICEF bekerjasama rapat dengan rakan kongsi untuk mencegah perpisahan sesama anggota keluarga dan menyokong penyatuan semula lebih 149,000 kanak-kanak dan penjaga dengan sokongan psikososial.

BACA JUGA
Aktivis MAPIM Malaysia tiba di Kahramanmaras

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button