MALATYA : Gempa bumi berukuran magnitud 5.6 telah melanda timur Turkiye, mengorbankan sekurang-kurangnya seorang dan mencederakan berpuluh-puluh orang manakala beberapa bangunan rosak.
Gempa bumi Isnin lalu menjadi gegaran besar terbaharu yang menggegarkan selatan Turkiye apabila wilayah itu masih berusaha pulih daripada gempa besar sebelum ini yang mengorbankan lebih 50,000 orang di seluruh selatan Turkiye dan barat laut Syria.
A magnitude 5.6 earthquake has struck Turkey’s Malatya province in the latest major aftershock.
An expert explains why earthquakes keep happening there ⤵️ pic.twitter.com/CbSOQA94hA
— Al Jazeera English (@AJEnglish) February 27, 2023
Gempa terbaharu itu berpusat di bandar Yesilyurt di wilayah Malatya, kata agensi pengurusan bencana negara (AFAD), sambil menambah seorang terbunuh apabila sebuah kilang runtuh di Kahramanmaras, pusat gempa bumi berukuran magnitud 7.8 yang melanda wilayah itu pada Februari 6, dan 69 yang lain cedera.
Gempa bumi terbaharu berlaku beberapa hari selepas Turkiye memulakan operasi untuk memindahkan orang yang tinggal di khemah ke bandar kontena, dengan fasa pertama ditetapkan untuk memindahkan orang ke 15,000 kontena.
Pihak berkuasa Turkiye telah memperluaskan siasatan jenayah terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas bangunan yang runtuh akibat gempa bumi maut yang menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia