DuniaSemasa

Gempa di Maluku, Indonesia menyebabkan kerosakan di beberapa buah rumah

MALUKU: Gempa bumi bermagnitud 7.9 yang berlaku pada Selasa  dilaporkan telah merosakkan sejumlah rumah penduduk di dua kampung di Pulau Dawera dan Pulau Dawelor di Daerah Maluku Barat Daya, wilayah Maluku.

“Kami masih mengumpulkan data di seluruh pulau di daerah Muluku Barat Daya, dan data awal yang baru diterima adalah kerosakkan  bangunan di Desa Letmasa, daerah Dawelor,” kata Ketua Unit Tindak Balas Bencana Daerah Maluku Barat Daya (MBD), James R Likko ketika dihubungi dari Kota Ambon.

James berkata, penduduk berlari keluar dari rumah mereka ke tempat yang lebih tinggi ketika gempa bumi berlaku, tetapi kini penduduk kembali aktif melakukan aktiviti seharian mereka seperti biasa.

“Kami melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi sejak gempa bumi berlaku dan ia berlarutan sehingga petang, sebelum kami pulang ke rumah,” kata Echi ,40, penduduk Saumlaki.

“Terdapat beberapa buah rumah penduduk yang rosak akibat gempa bumi, namun masih belum ada laporan rasmi daripada kerajaan tempatan,” katanya lagi.

Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) melaporkan, pusat gempa bumi itu berada pada koordinat 7.37° Lintang Selatan dan 130.23° Longitud Timur.

Selain itu, penduduk diminta tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu atau penipuan yang lazimnya disebarkan melalui media sosial. Penduduk dinasihati untuk mendapatkan info selanjutkan daripada Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) serta sumber-sumber yang boleh dipercayai.

BACA JUGA
Gempa Cianjur: Jasad penjual bakso peluk erat anak ditemui

Related Articles

Back to top button