SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) melalui Presidennya merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terkorban dan cedera akibat tragedi gempa bumi kelmarin pada 5.6 skala richter di Cianjur, Provinsi Jawa Barat, Indonesia.
Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi berharap keluarga mangsa akan kekal tabah dan bersabar menerima ujian ini.
Mengikut laporan media, sehingga kini lebih 160 orang telah terkorban dan lebih 700 yang lain cedera. Malah infrastruktur mengalami keruntuhan pada struktur bangunan perumahan, gedung kerajaan, sekolah, hospital termasuk kerosakan jalanraya.
Meninjau langsung korban gempa di RSUD Sayang Cianjur. Bantuan logistik sudah dikerahkan. Tim Unit Reaksi Cepat BPBD Jabar pun sudah dikirimkan. TNI dan Polri sudah dikerahkan untuk mendata dan membantu korban gempa. Mohon doa bersama untuk para korban. -Admin- pic.twitter.com/8RmOiR0tmY
— Ridwan Kamil (@ridwankamil) November 21, 2022
Cikgu Azmi dalam kenyataan medianya hari ini menjelaskan MAPIM akan menghantar delegasi meninjau situasi dilokasi kejadian untuk menilai kerosakan serta keadaan mangsa.
Delegasi aktivis kemanusiaan MAPIM akan mendampingi pihak organisasi bukan kerajaan Indonesia yang boleh bekerjasama untuk menentukan segala bentuk bantuan yang diperlukan.
Bersama kami untuk membantu mangsa yang terkesan akibat gempa bumi di Indonesia melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
Data terakhir per jam 21.00, dari call center BPBD Cianjur, korban bertambah di mana yang meninggal dunia 162 jiwa. 326 luka berat/ringan. 2,345 rumah rusak berat. 13,400an pengungsi.
88x getaran/gempa susulan terjadi di skala 1,5 s.d 4,8 skala richter, suasananya masih rawan. pic.twitter.com/LLbkNfEI4X
— Ridwan Kamil (@ridwankamil) November 21, 2022