ANKARA: Enam bulan selepas gempa bumi paling dahsyat era moden di Türkiye dan Syria, Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah & Bulan Sabit Merah (IFRC) meminta sokongan segera kepada komuniti terjejas yang masih menderita akibat bencana itu.
Walaupun usaha pemulihan sedang berjalan dengan baik, gempa bumi telah memberi impak yang tidak terkira, membawa kepada kehilangan beribu-ribu nyawa, kehilangan tempat berteduh dan menjejaskan kehidupan seharian berjuta-juta penduduk.
“Kami telah melihat daya tahan yang mengagumkan dalam komuniti, tetapi orang ramai masih mendapati diri mereka terperangkap dalam situasi yang sangat sukar,” kata Ruben Cano, Ketua Delegasi IFRC di Türkiye.
“Masyarakat di Türkiye – terutamanya mereka yang kehilangan tempat tinggal dan pendapatan – masih bergelut dengan keperluan harian mereka, termasuk membayar makanan, sewa dan keperluan lain. Kehidupan ‘biasa’ masih jauh dari jangkauan“.
Ramai terjerumus ke dalam hutang untuk menampung keperluan mereka semasa cuba bangkit dan membina semula sumber pendapatan.
Lebih 50% keluarga yang disokong oleh IFRC dan Bulan Sabit Merah Turki menanggung hutang baharu selepas gempa bumi ketika negara itu berdepan dengan inflasi dan kenaikan harga yang drastik.
Metin & Zetina sharing with us how their life has been since February 6. ❤️🩹
They had to move to a tent city in Adiyaman where the Turkish @RedCrescent is providing many services & relief items.
It’s also where their daughter took her first steps. 🥰 pic.twitter.com/YadwOts3v0
— Ruben Cano (@rubencano01) August 3, 2023
Di Syria, realiti bagi kebanyakan orang adalah lebih mengerikan – kesan gempa bumi, ditambah dengan konflik selama 12 tahun, telah menyebabkan pemulihan sangat mencabar. Keadaan ekonomi terus mendorong komuniti yang sudah terdedah lebih dalam kesusahan dan ketidaktentuan hidup.
“Fasa menyelamat tindak balas gempa mungkin telah berakhir, tetapi situasi kecemasan berterusan,” kata Mads Brinch Hansen, Ketua Delegasi IFRC di Syria.
“Sokongan antarabangsa segera diperlukan sekarang, kedua-duanya untuk memenuhi keperluan kemanusiaan segera, serta membina daya tahan rakyat dan memulihkan infrastruktur penting dan perkhidmatan komuniti, yang berada di ambang kehancuran“.
IFRC, bersama-sama dengan Bulan Sabit Merah Turki & Bulan Sabit Merah Arab Syria, telah menjadi nadi kepada mangsa bencana sejak hari pertama.
Pasukan telah memberikan bantuan segera kepada komuniti yang terjejas, termasuk makanan, air, tempat tinggal, penjagaan kesihatan dan kesihatan mental dan sokongan psikososial.
Sokongan kewangan melalui wang tunai dan baucar membantu banyak keluarga pulih sebaik mungkin, begitu juga sokongan untuk membina semula perniagaan dan peluang pendapatan.
This is why supermarket cards are an essential form of aid. 👇🏼
When the earthquakes happened, Emrah had to leave everything behind and move to Ankara with his family.@IFRC vouchers assistance with the Turkish @RedCrescent helped him regain control over their own expenses. pic.twitter.com/ZLkd1sF4gg
— Ruben Cano (@rubencano01) August 1, 2023
IFRC melancarkan 2 Rayuan Kecemasan, satu untuk Türkiye dan satu untuk Syria, berjumlah CHF 500 juta (RM2,600 juta).
Masih terdapat jurang pembiayaan sebanyak 74% di Türkiye dan 56% di Syria.
Sokongan dan pembiayaan selanjutnya amat diperlukan untuk memberi kesan positif ketara kepada kehidupan mereka yang terjejas dan memperkasakan individu untuk membina semula kehidupan mereka dan menyumbang kepada ekonomi tempatan di Syria dan Türkiye dalam jangka panjang.
BACA JUGA
Gempa Turkiye: Doktor beri amaran masalah kesihatan berpanjangan
Bagi anda yang ingin menghulurkan bantuan untuk mangsa gempa Turkiye & Syria,
boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia