Semasa
Gempa bumi magnitud 6.3 pada skala Richter di Tokyo
TOKYO : Kepulauan Ogasawara di Jepun telah dilanda gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter, hari ini.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gegaran itu dirasai sekitar 6.09 pagi waktu tempatan, dengan pusat gempa berada di 27.1 darjah utara dan 142.5 darjah timur serta kedalaman 70 kilometer.
Setakat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
-AGENSI
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM