Marrakesh – Gempa bumi maut di Maghribi telah merosakkan banyak tapak bersejarah. Antaranya tapak sejarah terpenting di pergunungan Atlas, sebuah masjid yang dibina oleh dinasti zaman pertengahan yang menakluki Afrika Utara dan Sepanyol.
Media Maghribi melaporkan sebahagian daripada Masjid Tinmel telah runtuh. Gambar-gambar yang beredar dalam talian menunjukkan dindingnya runtuh, menara separuh hancur berserta timbunan besar serpihan.
Menjawab soalan Reuters mengenai kerosakan yang dilaporkan pada Tinmel, sumber Kementerian Kebudayaan Maghribi berkata, “Kementerian telah memutuskan untuk memulihkannya dan akan memberi peruntukkan untuknya,” tanpa memberikan butiran.
Masjid abad ke-12 dibina oleh Dinasti Almohad yang menubuhkan ibu kota pertamanya di lembah Atlas yang terpencil sebelum menakluk merebut Marrakesh dan mengisytiharkan pemimpinnya sebagai Khalifah, lalu bergerak ke seluruh wilayah dengan didorong oleh semangat keagamaan.
Agensi kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO berkata mereka telah mendengar tentang kemusnahan Masjid Tinmel, yang telah dicadangkan bagi disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia, tetapi menambah mereka masih menunggu untuk menghantar pasukan bagi menilai kerosakannya.
Sekurang-kurangnya 2,000 orang maut dalam gempa bumi berukuran 6.8 magnitud itu. Ia melanda pada malam Jumaat, memusnahkan bangunan merentasi Banjaran Atlas dan meruntuhkan rumah bata lumpur di banyak kampung yang dilihat oleh Reuter.
Gempa bumi itu juga menyebabkan kerosakan pada bandar lama Marrakesh, tapak Warisan Dunia UNESCO, di mana sebuah menara tumbang dan sebahagian tembok bandar bersejarah runtuh bersama beberapa rumah tradisional.
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh