Marrakesh – Pasukan penyelamat kini ‘berlumba’ dengan masa bagi mencari mangsa terselamat, berikutan gempa bumi paling dahsyat di negara itu dalam tempoh lebih 60 tahun.
Pihak berkuasa pada hari Sabtu mengisytiharkan tiga hari berkabung selepas gempa bumi berukuran 6.8 pada skala Richter itu mengorbankan lebih 2,012 orang dan mencederakan 2,059, dengan ramai kehilangan tempat tinggal.
Raja Maghribi Mohammed VI mengarahkan angkatan bersenjata menggerakkan pasukan khas mencari dan menyelamat serta hospital medan untuk pembedahan, menurut satu kenyataan daripada tentera.
Gempa bumi yang melanda pergunungan High Atlas Maghribi lewat malam Jumaat merosakkan bangunan bersejarah di Marrakesh – bandar terhampir dengan pusat gempa bumi – manakala kebanyakan korban dilaporkan di kawasan pergunungan di selatan di wilayah Al-Haouz dan Taroudant.
Di perkampungan pergunungan Tafeghaghte berhampiran pusat gempa, hampir tiada bangunan yang masih berdiri. Batu bata tanah liat tradisional yang digunakan oleh penduduk Berber di rantau itu tidak mampu menahan gempa yang jarang berlaku.
“Tiga cucu saya dan ibu mereka terbunuh – mereka masih berada di bawah runtuhan,” kata penduduk kampung Omar Benhanna, 72, kepada AFP. “Tadi, kami semua bermain bersama-sama.”
Pusat gempa bumi berada pada kedalaman 18.5km (11.5 batu) dan berlaku kira-kira 72km (44 batu) timur laut Marrakesh, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Lahcen Haddad, seorang senator Maghribi dan bekas menteri, berkata pihak berkuasa bertindak balas dengan cepat walaupun menghadapi banyak cabaran, termasuk rupa bumi yang sukar.
Di Marrakesh, orang ramai boleh dilihat berkumpul di jalan-jalan, takut untuk kembali ke dalam bangunan yang mungkin masih tidak stabil.
Masjid Koutoubia yang terkenal di bandar ini, dibina pada abad ke-12, telah rosak tetapi tahap kerosakkannya masih tidak diketahui . Menaranya yang berukuran 69 meter (226 kaki) dikenali sebagai “bumbung Marrakesh”. Warga Maghribi juga menyiarkan video yang menunjukkan kerosakan pada bahagian tembok merah terkenal yang mengelilingi bandar lama itu, tapak Warisan Dunia UNESCO.
Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi mengumumkan bahawa perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika menentang Liberia, yang sepatutnya dimainkan pada hari Sabtu di bandar pantai Agadir, telah ditangguhkan.
Di perkampungan Amizmiz, berhampiran pusat gempa, anggota penyelamat menggali runtuhan dengan tangan kosong.
Di luar hospital, kira-kira 10 mayat terbaring berselimut ketika saudara mara mereka yang bersedih berdiri berhampiran.
Gegaran dirasai sejauh Huelva dan Jaen di selatan Sepanyol. Pertubuhan Kesihatan Sedunia berkata lebih 300,000 orang terjejas di Marrakesh dan kawasan sekitarnya.
Misi Bantuan Gempa Marakesh MAPIM
MAPIM MALAYSIA Melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan Gempa Marakesh dengan mensasarkan bantuan pelbagai di kawasan terjejas di Morocco.
Setakat laporan, angka kematian dan kecederaan masih meningkat serta merisaukan! Justeru Infaq serta bantuan sahabat peduli Ummah sangat dirayu serta diharapkan.
MASA UNTUK INFAQ & BANTU
Hulurkan sumbangan dan infaq tanda kita bersama membantu ringankan ujian mereka. Sumbangan akan diuruskan sendiri oleh pihak aktivitis MAPIM.
Infaq menerusi Tabung Kemanusiaan MAPIM
(Maybank 562263540066)
Atau klik link berikut —>>> https://www.mapim.org/rayuanmarakesh