NEW DELHI: Gempa bumi kuat gegar sempadan Myanmar-India pada awal pagi ini berdasarkan laporan Pusat Seismologi Kebangsaan India.
Menurut laman sesawang Pusat Seismologi Eropah-Mediterranean (EMSC) , gegaran yang berukuran 6.1 pada skala Ritcher itu dirasai di Chittagong, Bangladesh sehingga sejauh Kolkata, Bengal Barat, Tripura dan Assam di Timur India.
Pada awalnya, EMSC, memaklumkan gempa tersebut berukuran 5.8 pada skala Ritcher sebelum mengubahnya kepada 6.1.
Pusat Seismologi Kebangsaan India memaklumkan, titik gempa dikesan kira-kira 140 km ke tenggara Aizawl di timur laut India, pada kedalaman 12 km.
Oleh Nurshazlin Shahrom