GAZA : Pesawat pejuang israel telah melancarkan beberapa siri serangan udara ke atas Gaza, sebagai tindak balas kepada roket yang dilancarkan dari Gaza ke arah penempatan sekitar.
Menurut sumber tempatan, pesawat israel mengebom tapak tentera milik Briged Qassam, cabang tentera Hamas, barat laut Bandar Gaza, di mana pengeboman mengakibatkan kerosakan di tapak serta kawasan sekitarnya.
Pesawat israel juga menyerang tapak tentera di kem pelarian Al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza.
Gaza Strip this morning when it was hit by lsraeli warplanes. pic.twitter.com/2dEc14w5Xn
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) February 23, 2023
Sebagai tindak balas kepada pengeboman israel, jurucakap Hamas Hazem Qassem memberitahu Al Jazeera, “Penentangan di Semenanjung Gaza akan sentiasa hadir untuk membela rakyat kita, dan ia juga bagi memantau setiap perincian jenayah israel terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat serta memberitahu bahawa kesabaran mereka semakin habis.
“Rakyat kami di semua tempat akan meneruskan revolusi mereka walaupun pembunuhan beramai-ramai oleh pendudukan israel, dan tindak balas kami terhadap pencerobohan akan tetap diteruskan.”
Israel launched airstrikes near Gaza City the morning after conducting a raid in the occupied West Bank that killed 11 Palestinians.
Israeli forces have killed 62 Palestinians in the occupied West Bank in just the first two months of the year. pic.twitter.com/qTQW36bUZj
— AJ+ (@ajplus) February 23, 2023
Zionis israel melancarkan beberapa siri serangan ke atas Semenanjung Gaza dengan menembak lapan peluru berpandu ke tapak penentangan yang terletak di selatan.
Wilayah Palestin telah menyaksikan ketegangan sejak awal tahun dan yang terbaru datang daripada pembunuhan 11 rakyat Palestin dalam serbuan israel di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki pada hari Rabu.
Pencerobohan maut itu mencetuskan kemarahan di seluruh Palestin, dan mogok umum yang merangkumi perniagaan, sekolah, dan institusi kerajaan diadakan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia