Ganjaran menanti di sebalik ujian yang besar
Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah
Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday
YAN : “Antara amalan terbaik yang disarankan dalam Islam adalah menggembirakan hati orang yang beriman dan mengukirkan senyuman kepada mereka yang ditimpa kesusahan,”
Itulah ayat yang diungkapkan oleh Penasihat Syariah Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Al Fadzil Maulana Wan Helmi yang turun padang menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di Yan, Kedah.
Pihak MAPIM meneruskan kerja-kerja menyantuni ummah dengan menyumbangkan barangan kelengkapan rumah seperti sabun, tilam, pek makanan, cerek, dan pelbagai lagi kepada mereka yang terjejas dan kehilangan harta benda.
Menurut Maulana, sebanyak 50 buah rumah telah mereka lawati bagi menyerahkan bantuan tersebut dengan harapan dapat meringankan beban penerima setelah rumah mereka rosak dilanda banjir.
Di samping itu, MAPIM turut memberikan setiap rumah senaskah buku yang bertajuk Fadilat Amal, yang mengumpulkan himpunan hadis sebagai santapan rohani kepada mereka agar terus tabah menghadapi ujian.
“Alhamdulillah, kita berjaya menyampaikan bantuan kepada 50 buah rumah yang terkesan akibat banjir baru-baru ini, pihak kami berharap dengan sumbangan ini dapat kembalikan keselasaan mereka untuk meneruskan kehidupan seperti dulu.
“Allah memberi ujian sebesar ini kerana banyak tujuannya, salah satunya adalah agar seluruh umat Islam mengambil iktibar dari kejadian ini bukan sahaja mangsa tapi kita yang melihat betapa dahsyatnya melihat kekuasaan Allah S.W.T,” katanya.
Menurut seorang penerima bantuan ini, Habsah Saad, dia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak MAPIM yang sudi datang dari jauh hulurkan pertolongan kepada mereka.
“Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah dari jauh datang untuk membantu kami yang dilanda musibah banjir, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik kalian,” katanya.
MAPIM baru-baru ini telah melaksanakan Misi Bantuan Pasca Banjir di Yan, Kedah dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery, pihak mereka mengikuti rapat perkembangan banjir di Kedah, bertindak pantas menggerakkan pasukan MAPIM Rangers di Kedah yang sudah bersedia di lapangan bagi memberikan bantuan segera.
“Misi Bantuan Bencana MAPIM Malaysia (Yan Kedah) kali ini dilaksanakan dengan mengerakkan sayap MAPIM Rangers dan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) MAPIM Malaysia.Turut sama berganding bahu APM dan agensi negeri lain termasuk Lembaga Zakat Negeri Kedah yang sangat komited dalam membantu meringankan bantuan saudara kita yang sedang diuji,” ujar (Dr.) Sani Araby Al-Kahery
Oleh Hafeez Anuar
AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038