Semasa

Gangguan bekalan air di 463 kawasan pulih

KUALA LUMPUR : Gangguan bekalan air tidak berjadual di 463 kawasan terjejas susulan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Semenyih akibat pencemaran bau di Sungai Semenyih berjaya dipulihkan sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata ia meliputi kawasan Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat.

Beliau berkata Air Selangor menzahirkan rasa terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual tersebut.

Air Selangor juga menasihatkan pengguna agar mendapatkan maklumat mengenai gangguan bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor sama ada di Twitter, Facebook, Instagram dan laman web www.airselangor.com.

-BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button