KemanusiaanPalestin

Gal Gadot dikecam sokong jenayah Israel

Tutup ruangan komen di akaun media sosial

NEW YORK: Gara-gara memuat naik kenyataan di media sosial mengenai konflik terbaru Israel dan Palestin, bintang Hollywood yang juga warga Israel –  Gal Gadot dapat kecaman hebat netizen.

Gadot yang sinonim dengan watak adiwira Wonder Woman itu menerusi Instagram dan Twitter meluahkan kesedihan ekoran situasi Israel kini berada di ambang peperangan ketika Rejim Zionis dan pejuang Hamas tidak henti-henti berbalas serangan.

Gadot menerusi satu hantaran di platform media sosial berkata, dia kecewa kerana negaranya kini di dalam ambang peperangan.

                         

“Saya bimbangkan keluarga dan kawan-kawan saya. Saya risaukan rakyat negara saya. Isu ini sudah berlarutan terlalu lama. Israel berhak hidup sebagai negara yang bebas dan aman. Jiran kami (Palestin) juga berhak mendapatkan hak yang sama. Saya berdoa supaya permusuhan yang tidak dapat dibayangkan ini berakhir dan pemimpin kita dapat mencari jalan keluar supaya kita semua dapat hidup berjiran dengan aman,”- Gal Gadot

Segelintir pengguna Twitter turut menuduh Gadot menyokong ‘pembersihan etnik’ dan ‘pembunuhan beramai-ramai’ rejim Zionis berikutan dia pernah berkhidmat sebagai anggota tentera di Israel Defense Forces (IDF) selama dua tahun.

Dan terdapat juga netizen yang mempertikaikannya kerana dia merujuk Palestin sebagai ‘jiran’ Israel.

Walaubagaimanapun, Gadot belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu, manakala ruangan komen di kedua-dua platform media sosial itu turut ditutup.

Di Instagram, hantaran yang turut disertakan dengan emoji hati yang terbelah telah mendapat hampir 900,000 tanda suka.

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM – Arif Ikhwan 

Related Articles

Back to top button