Penubuhan MyAqsa Defender, hasil daripada koalisi 21 NGO Malaysia, belum lagi mencecah setahun umurnya, tetapi sudah memberikan sumbangan yang tidak sedikit kepada penduduk Palestin, terutamanya di Gaza.
Antara sumbangan terbaru adalah sebuah jentera Fire-Truck yang mempunyai teknologi terkini untuk kegunaan pihak bomba di Gaza.
Presiden MyAqsa Defenders, Nadir Al Nuri memaklumkan perkara tersebut melalui Facebook beliau yang mengatakan Fire-truck pertama buatan tempatan bersedia untuk berkhidmat di bumi Gaza.
Sumbangan ini adalah daripada rakyat Malaysia dan ia membuktikan MyAqsa Defender bukannya koalisi yang perjuangannya bermusim.
Untuk rekod, antara NGO yang mengangotai koalisi MyAqsa Defenders ialah Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM), ABIM, Aman Palestin, Cinta Gaza Malaysia, Global Peace Malaysia, Aman Syria, Iman Care, One Nation, Serantau Muslim, Muslim Volunteer Malaysia, Pertubuhan Glokal Islam Malaysia, Cakna Palestin, GERAKWANIS, MinQalby Foundation, Dana Kita, MADAD, Azhar Care, Amal Hope, dan Cinta Syria Malaysia.