Semasa

Filem Syahadan : Para Pesilat Sebelah Utara Serang Panggung

Syahadan buka tirai tayangan pertama di pawagam Seberang Jaya

SEBERANG JAYA: Hampir 50 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelbagai perguruan seni silat & pengamal seni silat di sebelah utara berkumpul di panggung GSC Sunway Carnival Mall di sini bagi membuktikan sokongan kepada filem Syahadan yang memulakan tayangan pertama pada jam 8:55 malam, Khamis.

Antara pimpinan dari Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Pulau Pinang (DSMMPP), Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bahagian Pulau Pinang (PSSGMPP) dan Pertubuhan Seni Silat Lincah yang hadir sebagai tanda sokongan.
Peminat bersedia tempur serang panggung

Tidak hanya hadir seperti pengunjung ke panggung yang biasanya berpakaian santai, mereka semua datang lengkap berbusana pelbagai warna menarik lengkap dengan sampin & tengkolok. Ini sesuai dengan gelombang ‘Ayuh Berbusana ke Panggung‘ yang telah ditularkan oleh penyokong filem Syahadan yang telah menantikan tayangan filem ini sejak Tayangan Perdananya beberapa hari yang lalu.

Menurut Haji Muhammad Famizi Haji Hussain, Presiden Pertubuhan Seni Silat Lincah Pulau Pinang yang turut hadir semalam, semua yang hadir sangat teruja dengan usaha memertabatkan seni silat warisan bangsa Melayu Islam ke layar perak. “Kami mengucapkan tahniah kepada pihak penerbit & juga pengarah yang telah berhempas pulas menyiapkan karya ini dan seterusnya berusaha keras untuk memastikan tayangannya sehingga ke panggung. Seni silat warisan bangsa ini sememangnya layak diangkat sehingga ke peringkat ini sesuai dengan darjatnya dalam masyarakat Melayu!” tegas beliau.

Tiga pertubuhan yang bergabung dan hadir memberikan sokongan terhadap filem Syahadan semalam adalah dari Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Pulau Pinang (DSMMPP), Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bahagian Pulau Pinang (PSSGMPP) dan Pertubuhan Seni Silat Lincah.

Penonton filem Syahadan membeli tiket dari kiosk jualan
Penonton Filem Syahadan segak berbusana ketika membeli kudapan untuk dibawa masuk ke panggung

Setelah selesai menonton, rata-rata daripada mereka memberikan komen yang pelbagai tentang filem Syahadan. “Mesej yang baik! Biasalah, filem yang diiktiraf paling hebat pun akan ada beberapa babak yang mengundang kritikan. Apa yang penting adalah kita beri sokongan kepada penerbit dan mereka mendengar semua komen membina daripada penonton. Dari situ, penerbit melakukan penambahbaikkan pada karya yang seterusnya dan bersama-sama kita mengangkat seni warisan Silat ini ke peringkat dunia.” jelas salah seorang penonton.

Syahadan mengisahkan tentang seorang remaja bernama Omar yang hidup tanpa matlamat yang sebenar. Ini menyebabkan ayahnya terpaksa menghantar Omar ke kampung untuk dibaiki akhlaknya menjadi insan yang berguna kepada masyarakat melalui kaedah persilatan.

Omar pada mulanya menentang dan tidak berminat mempelajari silat. Namun hatinya terbuka setelah gurunya Pak Daud berjaya menumpaskan empat orang samseng yang bersenjata di warung Kak Milah.

Di sepanjang sesi latihan silat bersama Pak Daud, Omar terpaksa berhadapan dengan cabaran latihan fizikal dan mental untuk membina jatidiri sebagai orang silat.

Setelah berjaya mewarisi ilmu persilatan, suatu hari Omar berdepan dengan kumpulan samseng yang merupakan sindiket penculikan kanak-kanak yang diketuai oleh Zed Punk.

Berjayakah Omar menumpaskan kumpulan samseng berkenaan? #SyahadanFilemKita

Senarai pawagam yang menayangkan filem Syahadan di seluruh Malaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button