Filem Syahadan bakal pecah panggung wayang

Syahadan, sebuah filem aksi seni mempertahankan diri Malaysia, akhirnya akan ditayangkan di panggung wayang bermula 17 Februari 2022. Sebelum ini filem Syahadan terlibat dengan pertikaian dengan sebuah stesen TV berbayar yang enggan menayangkan filem tersebut atas alasan ia terlalu ganas.
Akibatnya, ramai peminat filem tempatan yang telah lama menunggu karya tersebut tidak berpuas hati. Ketika memasuki ruangan komen, tipikal netizen tidak berpuas hati kerana tidak dapat menonton filem tersebut.
Peminat filem seni mempertahankan diri pasti teruja apabila mengetahui bahawa mereka akhirnya akan dapat menonton Syahadan dalam platform yang lebih berprestij di layar besar. Antara yang paling dinanti-nantikan ialah lakonan Al Jufree, seorang ahli pesilat terkenal negara, kerana ini adalah lakonan sulungnya.
Pengarah filem Syahadan, Datuk Dr Fairus Hussain dan Halim Hassan memaklumkan filem ini berkisah tentang seorang pemuda bernama Omar yang dihantar mempelajari seni silat bagi mengubah sikap buruknya. Di mana konfliknya bermula di situ kerana seni silat bukan sahaja menekankan latihan fizikal, tetapi latihan minda dan jiwa agar ia melahirkan pesilat yang mempunyai akhlak terpuji. Mampukah Omar mengatasi segala halangan itu?
Filem ini ditujukan kepada semua peminat seni bela diri terutamanya seni silat warisan Melayu. Walaupun dilabel sebagai ganas, ia sebenarnya sesuai ditonton oleh seisi keluarga kerana nilai kekeluargaan yang kuat dan ia patuh syariah.
Jadi kepada semua peminat filem, terutamanya peminat seni bela diri jangan ketinggalan menonton filem silat ini. Sokongan yang akan menyemarakkan lagi khazanah warisan bangsa.