Semasa

Fenomena salji di Gunung Kinabalu bukan perkara mustahil

PETALING JAYA : Negara dikejutkan dengan video yang tular di media sosial menunjukkan fenomena salji turun di Gunung Kinabalu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah dalam satu video berdurasi 50 saat yang dimuat naik di laman Twitter memberitahu kejadian salji di kawasan pergunungan tersebut bukan perkara yang mustahil boleh berlaku.

“Ini disebabkan apabila suhu udara mencecah 0 darjah Celsius atau dibawah dari takat suhu tersebut. Jadi ia bukanlah satu perkara yang mustahil boleh berlaku bagi tanah tinggi seperti di Gunung Kinabalu, menurutnya.

Mengulas lanjut, kelembapan yang mencukupi dan suhu persekitaran sejuk membolehkan salji terbentuk.

Terdahulu, para pendaki Gunung Kinabalu memuat naik rakaman di media sosial memaparkan kejadian salji yang berlaku di sana.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button