Semasa

FDA lulus dos “booster” kepada golongan berisiko

WASHINGTON : Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan penggunaan dos penggalak atau “booster” vaksin Covid-19 jenis Pfizer dan Moderna kepada individu yang mempunyai tahap sistem kekebalan tubuh yang lemah selepas menerima suntikan dos kedua.

FDA mengubah garis panduan kelulusan kecemasan membolehkan individu yang menjalani pemindahan organ dan lemah sistem imuniti mendapatkan suntikan penggalak.

Panel penasihat kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) memaklumkan individu yang mempunyai sistem imuniti lemah akan mendapat dos tambahan itu secepat mungkin.

Sementara itu, percampuran vaksin mRNA dibenarkan untuk suntikan ketiga sekiranya vaksin asalnya tiada bekalan.

Menurut pegawai, preskripsi atau pemberitahuan daripada penyedia perkhidmatan kesihatan tidak diperlukan untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai imuniti lemah bagi mendapatkan dos ketiga.

Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai jangkitan Covid-19 terhadap golongan berisiko di AS susulan peningkatan ketara kes baharu akibat varian Delta.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button