PalestinSemasa

EU kenakan sekatan ke atas lima individu dan tiga entiti israel

Kesatuan Eropah mengumumkan sekatan terhadap lima individu dan tiga entiti israel, dan menyifatkan mereka bertanggungjawab atas “pelanggaran hak asasi manusia yang serius dan sistematik” terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur yang diduduki.

Senarai itu termasuk Tzav 9, sebuah kumpulan yang dikatakan kerap menyekat trak bantuan kemanusiaan yang menghantar makanan, air dan bahan api ke Gaza.

Turut tersenarai ialah Ben-Zion Gopstein, pengasas dan ketua pertubuhan Lehava, dan Isaschar Manne, yang disifatkan EU sebagai pengasas pos haram di Tebing Barat yang diduduki israel.

Minggu lepas Tzav 9, berkata  menentang asimilasi Yahudi dengan bukan Yahudi dan mengamuk terhadap orang Arab atas nama agama dan keselamatan negara.

Tentera israel merobohkan rumah penduduk Palestin di kampung Baitulmaqdis Timur

Dalam masa yang sama tentera israel merobohkan empat rumah Palestin di kampung al Walaja, di bahagian selatan Baitulmaqdis Timur, dengan alasan pembinaan tanpa kebenaran.

“Pasukan tentera menyerbu kampung, yang terletak di bahagian selatan Tebing Barat yang diduduki, dan mula merobohkan empat rumah, mendakwa ia dibina tanpa permit,” Khader al Araj, ketua majlis kampung, memberitahu Anadolu.

Dia menjelaskan bahawa tanah di mana perobohan berlaku adalah sebahagian daripada Bethlehem dan secara pentadbiran dalam sempadan Perbandaran Baitulmaqdis.

“israel sedang berusaha untuk menekan penduduk supaya meninggalkan tanah mereka,” katanya.

“Semuanya berisiko dirobohkan dengan alasan pembinaan tidak berlesen untuk pengembangan penempatan haram yang ketara dengan mengorbankan tanah rakyat Palestin,” tambah al Araj.

 

Related Articles

Back to top button