Dunia

Erdogan sedia bertemu dengan pemimpin Taliban

demi keamanan Afghanistan

ANKARA : Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan bersedia bertemu dengan pemimpin Taliban sebagai usaha membantu perdamaian di Afghanistan.

“Perkembangan terakhir dan situasi Afghanistan benar-benar meresahkan,” kata Erdogan ketika diwawancarai CNN Turk.

“Bahkan mungkin saya boleh berada dalam posisi untuk menerima orang yang akan menjadi pemimpin mereka,” sambung Erdogan.

Dia memaklumkan, dia melakukan semua itu demi perdamaian di Afghanistan.

“Mengapa? Kerana jika kita tidak dapat menguruskan hal-hal seperti ini pada peringkat tertinggi, tidak mungkin kita mampu mencapai perdamaian di Afghanistan,” tambah Erdogan.

Bulan lalu Erdogan memberitahu Turki akan mengadakan perbincangan dengan Taliban sebagai sebahagian daripada proses damai.

Taliban merampas tiga buah bandar dan markas tentara Afghanistan pada Rabu semalam.

Dengan perkembangan tersebut, Taliban sudah berjaya menguasai dua per tiga wilayah Afghanistan.

Pihak pemberontak memulakan serangan kilat pada Mei sejak pasukan asing yang dipimpin AS mulai meninggalkan negara tersebut.

Jatuhnya wilayah Badakhshan, Baghlan, dan Farah menambah tekanan kepada pemerintah Afghanistan bagi membendung kemaraan Taliban.

Di tengah kemaraan kelompok pemberontak tersebut, Presiden Afghanistan Ashraf Ghani bergegas ke wilayah Balkh yang sudah dikepung oleh Taliban.

Ketika ini, Turki memiliki tentera yang ditempatkan di Afghanistan sebagai sebagian daripada pasukan NATO di sana.

Ankara menawarkan bagi mengawal lapangan terbang Kabul setelah pasukan Amerika dijadualkan keluar sepenuhnya pada akhir Ogos.

Turki memaklumkan, pihaknya akan mengawal lapangan terbang sekiranya keadaan diplomatik, kewangan, dan logistik dipenuhi.

Sebelumnya, Erdogan juga sempat berbincang dengan pemimpin Qatar berkenaan konflik Afghanistan.

Dalam perbincangan tersebut, mereka membahas strategi untuk menghentikan Taliban lalu mengambil langkah untuk perdamaian.

Di sisi lain, Turki khuatir sekiranya kekerasan semakin meningkat akan membawa gelombang migran ke negaranya melalui Iran.

Saat ini, Ankara menampung hampir empat juta pelarian Syria.

Erdogan menekankan Turki sedang mengawal kebanjiran pelarian dengan membina tembok di bahagian timur dan selatan negara tersebut.

“Baik di sempadan Iran atau Iraq, tembok kami bertambak secara signifikan. Tembok yang menjulang ini adalah bagi mencegah migrasi haram ke negara kami,” katanya.

Related Articles

Back to top button